SMVC Carnival

TERIMA KASIH DAUN KELADI Karnival Sains Matematik & Votek SMKIS 2011 telah berlangsung dengan jaya dan meriah. Terima kasih atas segala pertolongan,sumbangan dan penyertaan dari semua pihak terutamanya semua warga SMKIS. Tahniah dan Syabas kepada para pemenang yang berjaya; bagi yang kurang berjaya jadikan pengalaman di karnival ini sebagai dorongan dan pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa depan. Sampai jumpa lagi pada edisi karnival seterusnya. Terima kasih daun keladi, panjang umur bertemu lagi.

Monday, February 14, 2011

Barah Otak

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti
beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

No comments:

Post a Comment