SMVC Carnival

TERIMA KASIH DAUN KELADI Karnival Sains Matematik & Votek SMKIS 2011 telah berlangsung dengan jaya dan meriah. Terima kasih atas segala pertolongan,sumbangan dan penyertaan dari semua pihak terutamanya semua warga SMKIS. Tahniah dan Syabas kepada para pemenang yang berjaya; bagi yang kurang berjaya jadikan pengalaman di karnival ini sebagai dorongan dan pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa depan. Sampai jumpa lagi pada edisi karnival seterusnya. Terima kasih daun keladi, panjang umur bertemu lagi.
Showing posts with label Sendal Gusi. Show all posts
Showing posts with label Sendal Gusi. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

Papan Tanda

Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang
pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan
dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir "
Tak boleh jadi niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang
lain".

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang
wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya
terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.
Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak
melebihi had laju..kenapa ditahan?" "Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik
bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh
menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita
itu merasa hairan.

"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[JALAN
AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir
dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had
laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan
itu.

" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah
kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang
lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya
kehairanan "oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas
beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."

Monday, February 14, 2011

Barah Otak

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti
beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Buah Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "mailto:#$%@%&????...

Surat untuk kekasih...(putus cinta)

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya...Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat...surat tu macam ni bunyinya....hehehehe

Hi,My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly,i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don't trust you again!!!My Friend speak you play three wood.

Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. But i always love where also i live....Safe live......

Tijah

Masalah Pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.


"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."


"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."


Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?"


Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama.


Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.


Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.


Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Thursday, February 10, 2011

Pak Pandir beli Handphone

Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak
Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat
terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone. "Saya mahu
beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada
sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?",
tanya pemilik kedai tidak yakin.
"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?"
marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna". "Saya
beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai
dan Pak Pandir kembali ke kampungnya.
Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan
segera pergi ke Kuala Lumpur semula.
"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah
Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik".
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya
sekali"