SMVC Carnival

TERIMA KASIH DAUN KELADI Karnival Sains Matematik & Votek SMKIS 2011 telah berlangsung dengan jaya dan meriah. Terima kasih atas segala pertolongan,sumbangan dan penyertaan dari semua pihak terutamanya semua warga SMKIS. Tahniah dan Syabas kepada para pemenang yang berjaya; bagi yang kurang berjaya jadikan pengalaman di karnival ini sebagai dorongan dan pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa depan. Sampai jumpa lagi pada edisi karnival seterusnya. Terima kasih daun keladi, panjang umur bertemu lagi.

Saturday, March 26, 2011

Ahli Silap Mata dan Burung

Seorang ahli silap mata mempersembahkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di
lautan Caribbean. Penontonnya sentiasa berganti setiap minggu tetapi dia tetap
mengulangi tipu helah yang sama.
Masalahnya adalah, Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten
kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan mengetahui segala helah
yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat
pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.
"Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!"
"Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!"
"Hey... semua daun terupnya,daun A !! "
Si ahli silap mata sangat meluat tapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata
terapung-apung di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak
tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan
satu patah perkataan pun. Hal ini berlangsung berhari-hari. Si ahli silap mata
pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.

Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya menyerah!! Di mana kamu
sembunyikan kapalnya ??"

No comments:

Post a Comment