Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang
pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan
dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir "
Tak boleh jadi niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang
lain".
Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang
wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya
terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.
Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak
melebihi had laju..kenapa ditahan?" "Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik
bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh
menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita
itu merasa hairan.
"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[JALAN
AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir
dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had
laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan
itu.
" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah
kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang
lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya
kehairanan "oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas
beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."
SMVC Carnival
TERIMA KASIH DAUN KELADI Karnival Sains Matematik & Votek SMKIS 2011 telah berlangsung dengan jaya dan meriah. Terima kasih atas segala pertolongan,sumbangan dan penyertaan dari semua pihak terutamanya semua warga SMKIS. Tahniah dan Syabas kepada para pemenang yang berjaya; bagi yang kurang berjaya jadikan pengalaman di karnival ini sebagai dorongan dan pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa depan. Sampai jumpa lagi pada edisi karnival seterusnya. Terima kasih daun keladi, panjang umur bertemu lagi.
No comments:
Post a Comment