Hari ini sebelum kamu menyatakan kata-kata yang tidak baik.
Fikirkanlah tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
Sebelum kamu mengeluh tentang hidangan makananmu.
Fikirkanlah tentang seseorang yang tidak punya apa-apa untuk dimakan.
Sebelum kamu mengeluh lantaran tidak mempunyai apa-apa.
Fikirkanlah tentang seseorang yang mengemis di jalanan.
Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu bernasib buruk.
Fikirkanlah tentang seseorang yang lebih buruk nasibnya dari kamu.
Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu.
Fikirkanlah tentang seseorang yang telah meninggal dunia.
Sebelum kamu mengeluh kerana terpaksa mengemas dan mencuci pakaianmu.
Fikirkanlah tentang orang-orang yang tinggal compang-camping di jalanan.
Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu berulang-alik.
Fikirkanlah tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
Dan di saat kamu letih dan mengeluh tentang pekerjaanmu.
Fikirkanlah tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kamu.
Sebelum kamu menuding jari dan menyalahkan orang lain.
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak pernah berdosa.
Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan.
Tersenyum dan bersyukurlah kepada Allah S.W.T. bahawa kamu masih hidup.
No comments:
Post a Comment